Perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Republik Sosialis Viet Nam



​​​

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 2 September. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Luong Cuong, dan Perdana Menteri Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Pham Minh Chinh, dan juga kerajaan serta rakyat Republik Sosialis Viet Nam, sempena Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Sosialis Viet Nam yang ke-80 Tahun.

Close